Buku ini lahir dari kegelisahan seorang insan tua yang mencari makna sebenar hidup, saya. Saya menemukan jawapannya bukan pada warisan nama Islam semata, tetapi pada amanah besar: kekhalifahan.
Dalam perjalanan menulis ini, saya belajar bahawa Islam bukan hanya ibadah ritual, tetapi cara hidup yang mengikat manusia dengan Tuhan-nya, sesama manusia, dan seluruh alam. Saya ingin meninggalkan sesuatu untuk anak cucu, sahabat, dan sesiapa sahaja yang mencari arah: bahawa hidup sebagai khalifah adalah inti Islam Rasulullah saw.
Jika ada kebaikan dalam buku ini, ia datang dari Allah. Jika ada kekurangan, ia lahir dari kelemahan diri ini. Semoga Allah menerima amal kecil ini sebagai saksi cintaku kepada agama-Nya.
No comments:
Post a Comment