Bab 7

 Mengukur KeIslaman Kita

 1. Kenapa Perlu Menyemak KeIslaman?

· Ramai yang mewarisi Islam tanpa benar-benar memahami tujuannya.

· Bahaya Islam yang hanya jadi identiti luar, bukan pegangan hidup.

· Firman Allah: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan: Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? (al-Ankabut, 2).

 

2. Antara Islam Warisan dan Islam Pilihan

· Islam Warisan diterima kerana lahir dalam keluarga Muslim, tetapi tidak dihayati.

· Islam Pilihan dipelajari, difahami, diyakini, dan diamalkan dengan penuh kesedaran.

· Perbezaannya: yang pertama cenderung ikut adat; yang kedua menjadikan syariat sebagai panduan hidup.

 

3. Tanda-Tanda Islam yang Autentik

· Memahami tujuan hidup sebagai khalifah dan hamba Allah.

· Ibadah ritual melahirkan kesan praktikal dalam hidup.

· Akhlak terzahir dalam pergaulan, pekerjaan, dan sikap terhadap masyarakat serta alam.

· Keimanan melahirkan rasa tanggungjawab sosial.

 

4. Ukuran Al-Qur’an Terhadap KeIslaman

· Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain (hadis).

· Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku (al-Zariyat, 56).

· Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi... (al-Anam , 165).

Ayat-ayat ini menjadi neraca menilai Islam: apakah kita sekadar Muslim warisan, atau Muslim khalifah.

No comments:

Post a Comment