Mengapa Perlu Menyemak Keislaman Kita
Kebanyakan kita lahir sebagai Muslim. Dari bayi lagi sudah diazankan, disusukan, dengan ibu bapa Muslim, dididik dengan doa-doa ringkas, lalu membesar dalam suasana masyarakat Islam. Maka, kita pun membesar dengan label: Aku orang Islam.
Tetapi, apakah cukup dengan label itu? Ramai merasa dirinya sudah cukup dengan label ini. Seiring dengan perjalanan waktu tubuh membesar, hidup mengikut corak kehidupan masyarakat-nya.
Al-Qur’an berkali-kali mengingatkan bahawa Islam bukan sekadar nama. Islam adalah cara hidup, Islam adalah pengakuan lisan yang mesti diterjemah dengan hati yang yakin dan amal yang nyata. Allah berfirman:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? (al-Ankabut, 2)
Ayat ini seakan menegur kita bahawa pengakuan semata-mata tidak mencukupi. Iman mesti diuji, supaya nyata siapa yang benar dan siapa yang sekadar mewarisi tanpa penghayatan.
No comments:
Post a Comment